Arab Saudi kecam serangan ketenteraan sasar Iran

Keadaan di Tehran selepas beberapa letupan kedengaran pada Sabtu selepas Israel mengumumkan pelancaran 'serangan tepat' ke atas sasaran tentera di Iran - Foto: AFP
Keadaan di Tehran selepas beberapa letupan kedengaran pada Sabtu selepas Israel mengumumkan pelancaran 'serangan tepat' ke atas sasaran tentera di Iran - Foto: AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi menzahirkan kecaman dan kutukannya terhadap serangan ketenteraan yang menyasarkan Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan Iran serta undang-undang dan norma antarabangsa, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kerajaan Arab Saudi menegaskan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dalam menolak peningkatan ketegangan berterusan di rantau ini dan perluasan konflik yang mengancam keselamatan serta kestabilan negara-negara dan penduduk di rantau berkenaan.

Kerajaan itu menggesa semua pihak untuk menahan diri sepenuhnya dan meredakan ketegangan, serta memberi amaran tentang akibat daripada konflik ketenteraan yang berterusan di rantau ini.

Riyadh juga menyeru masyarakat antarabangsa serta pihak yang berpengaruh dan aktif agar melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka dalam meredakan ketegangan dan menamatkan konflik di rantau ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!