Tiada jangkitan koronavirus di Sabak Bernam

Mohammad Haris memuat naik status di Facebook berhubung penularan maklumat palsu kononnya berlaku jangkitan koronavirus di daerah Sabak Bernam.
Mohammad Haris memuat naik status di Facebook berhubung penularan maklumat palsu kononnya berlaku jangkitan koronavirus di daerah Sabak Bernam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam tidak menerima sebarang laporan berhubung jangkitan koronavirus di daerah itu seperti yang tular di media sosial.

Ahli Lembaga Pelawatnya, Mohammad Haris Baharudin berkata, beliau sendiri sudah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah HTAJ Sabak Bernam, Dr Muhammad Aslahuddin Samsudin berhubung perkara terbabit.

"Sehingga kini hospital dan jabatan kesihatan di daerah ini tidak menerima laporan pesakit yang terkena jangkitan koronavirus," katanya menerusi kenyataannya di Facebook hari ini.

Mohammad Haris berkata, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak tidak menyebarkan perkara tidak benar hingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat.

"Jika tidak sahih dan palsu, penyebar maklumat itu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat tersebar memaklumkan terdapat seorang individu dari Sekinchan yang baharu pulang dari Vietnam disyaki dijangkiti virus terbabit.

Bagaimanapun, katanya, gejala yang dialami individu terbabit bukan jangkitan koronavirus.

"Saya yakin sekiranya perkara ini benar sudah tentu pihak kesihatan tentunya mengambil tindakan segera untuk langkah keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!