Permohonan maaf kes 1MDB, bukti Najib pemimpin berjiwa besar - Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan. Foto Bernama
Datuk Seri Ahmad Maslan. Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - Permohonan maaf secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhuhung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap sebagai tindakan berjiwa besar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya yakin bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak bersalah dan telah diperdayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kenyataan maaf yang dibaca anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar itu, secara tidak langsung membuatkan rakyat semakin memahami, beliau (Najib) merupakan mangsa yang diperdaya oleh tipu helah.

"Rabu depan, merupakan keputusan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB. Kita pulangkan kepada mahkamah sama ada beliau najib perlu bela diri atau tidak, tetapi rakyat semakin faham kes ini," ujarnya pada Sabtu.

Ahmad Maslan (tengah) pada program Pengamalan Sakinah Daerah Pontian di Pekan Nanas pada Sabtu.
Ahmad Maslan (tengah) pada program Pengamalan Sakinah Daerah Pontian di Pekan Nanas pada Sabtu.

Sebelum ini, bekas Presiden UMNO itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Mohamad Nizar, 46, berkata, setiap hari bapanya berasa amat terluka apabila mengetahui kecurangan yang berlaku dalam syarikat strategik negara terbabit, terjadi semasa di bawah pengawasannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya itu, jelas bapanya bukan dalang di 1MDB dan tidak pernah bersekongkol dengan Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho), namun Najib telah dihukum atas tanggungjawab yang dipikul.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya itu berharap agar dalang utama yang sebenar dalam kes SRC dan 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

"Saya sentiasa merujuk dan mengikuti kes Najib, saya harap beliau diberikan keadilan dalam kes ni.

"Semoga keadilan sewajarnya diberikan kepada Najib di mahkamah kelak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!