KPDN Kelantan rampas 850 kg minyak masak cuba diseludup ke negara jiran

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa 850 kilogram minyak masak bersubsidi yang disimpan di dalam kotak dan plastik biru di bahagian penumpang dan but kereta. - Foto: FB KPDN Kelantan
Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa 850 kilogram minyak masak bersubsidi yang disimpan di dalam kotak dan plastik biru di bahagian penumpang dan but kereta. - Foto: FB KPDN Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 850 kilogram (kg) minyak masak disyaki cuba diseludup ke negara jiran menerusi operasi bersepadu di Jalan Pintas Bendang Pak Yong-Simpangan, Tumpat, semalam.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, rampasan itu dilakukan selepas pasukannya mengesan dan mengekori sebuah kereta disyaki membawa barang bersubsidi.

"Dalam operasi jam 7 pagi semalam, pemandu yang menyedari keretanya diekori bertindak memecut sebelum berhenti di tepi jalan dan melarikan diri.

"Pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan kotak-kotak berisi minyak masak di bahagian penumpang belakang dan but,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menyita sebuah Proton Persona bersama 850 kg minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM2,125.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!