'Saman tidak menyekat saya terus bersuara' - Razman

Tangkap layar reaksi Razman menerusi akaun TikToknya berhubung tindakan saman. Foto: ihsan pembaca
Tangkap layar reaksi Razman menerusi akaun TikToknya berhubung tindakan saman. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Tekanan yang diterima termasuk dikenakan tindakan saman bukan penghalang kepada Pas Perak untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan terus bersuara dalam menyuarakan kekesalan terhadap isu kibarkan bendera negara China dalam perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

"Kita hendak beritahu khususnya rakyat negeri Perak bahawa saman itu bukanlah untuk menghalalkan perbuatan mereka yang menyentuh sensitiviti.

"Saman juga tidak akan menyekat saya untuk terus bersuara. Ini bukan pertama kali, lihat isu kunjungan kapal China ke Pulau Pinang yang melibatkan pelajar sekolah dan kali ini di Teluk Intan pula," katanya menerusi akaun TikToknya di sini.

Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu, polis juga diminta membuat siasatan menyeluruh agar isu ini tidak tenggelam tanpa diambil sebarang tindakan.

"Bendera negara China dikibar kemudian minta maaf, habis begitu sahaja selepas buat salah.

"Jadi saman itu tidak akan menyekat kita daripada terus menjaga negara. Inilah satu-satunya negara kita," katanya.

Sinar Harian melaporkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil terhadap Razman yang telah mengaitkannya dalam penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang melibatkan warga China mengibar bendera negara tersebut di Menara Condong di Teluk Intan.

Artikel Berkaitan:

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata, arahan telah diberikan kepada pasukan peguamnya untuk mengkaji dakwaan yang dilemparkan Razman itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!