Lebih 2,000 peserta MyLesen B2 terima lesen percuma

Mohd Misuari - Foto: Bernama
Mohd Misuari - Foto: Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyerahkan lesen percuma kepada 2,400 peserta Program MyLesen B2, bermula Jun lepas hingga kini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, bagi program itu, Kelantan menerima kuota sebanyak 2,500 yang diperuntuk khas kepada golongan berpendapatan rendah (B40) manakala baki 100 peserta akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata, program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi manfaat kepada 2,585 golongan B40 di seluruh Kelantan melibatkan MyLesen B2 seramai 2,500 calon, lesen vokasional (MyGDL) (35), Program Klinik My Psikologi Spiritual (MyPS) (30) dan operator e-hailing (MyEHO) (20).

Program itu, katanya dilaksanakan menerusi peruntukan lebih RM1 juta di bawah Belanjawan 2024.

Mohd Misuari berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program MyLesen Peringkat Zon 1 Negeri Kelantan di Akademi Memandu Berhemat Kotaraya di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!