Iran berhak pertahankan diri daripada musuh

Ruang udara di Teheran tenang setelah beberapa letupan kuat kedengaran disebabkan 'aktiviti pertahanan' pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
Ruang udara di Teheran tenang setelah beberapa letupan kuat kedengaran disebabkan 'aktiviti pertahanan' pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran menegaskan ia bertanggungjawab untuk mempertahankan diri selepas serangan acah-acah dilancarkan Israel menyasarkan kemudahan tentera dan meragut dua nyawa anggota tentera pada Sabtu.

"Kami berhak untuk bertindak balas terhadap tindakan pencerobohan melampau," ujar Kementerian Luar di Teheran merujuk kepada Artikel 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan respons sedemikian.

Syria dalam satu kenyataan turut mengutuk serangan udara Israel dan mengesahkan hak sekutunya untuk mempertahankan diri.

"Kami menzahirkan solidariti dengan Teheran dan menyokong penuh hak sah mereka untuk melindungi rakyat dan negara itu," menurut Kementerian Luar di Damsyik dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) sekali lagi cuba bermain wayang apabila ia menggesa Iran supaya tidak lagi menyerang sekutu kuatnya, Israel kononnya untuk menghentikan kitaran keganasan di Asia Barat.

“Teheran tidak wajar bertindak balas untuk meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Sean Savett.

Menurut Savett, serangan balas Zionis itu kononnya untuk pertahanan diri dan tidak menyasarkan kawasan penempatan penduduk serta hanya memfokuskan sasaran tentera.

“Ia berbeza dengan serangan Iran ke atas Israel pada awal bulan lalu yang menyasarkan bandar berpopulasi padat,” katanya secara semberono.

Artikel Berkaitan:

Washington bagaimanapun menyatakan mereka tidak terlibat dalam operasi itu dan matlamat utama mereka hanyalah untuk meredakan krisis yang semakin memuncak di Asia Barat.

Sementara itu, seorang pegawai kanan mendedahkan Presiden Joe Biden dan pasukan keselamatan beliau telah bekerjasama dengan Israel sejak beberapa minggu lalu untuk menggalakkan serangan balas terhadap Iran.

“Biden sengaja mengapi-apikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk meneruskan kitaran keganasan di Asia Barat dan itu sebenarnya objektif mereka,” ujarnya lagi. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!