Netanyahu, Menteri Pertahanan Israel bersembunyi dalam bunker

Netanyahu dan Gallant (kanan) merupakan dalang utama yang memporak-perandakan situasi di Asia Barat. Foto Agensi
Netanyahu dan Gallant (kanan) merupakan dalang utama yang memporak-perandakan situasi di Asia Barat. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dilaporkan bersembunyi di bunker ketika rejim Zionis melancarkan serangan balas ke atas Iran pada awal pagi Sabtu.

Beberapa media tempatan mendakwa kedua-dua pemimpin 'esktremis' itu yang turut bertanggungjawab atas kempen pengeboman ganas di Genting Gaza dan Lubnan ternyata ketakutan jika Teheran memberi sebarang respons atas provokasi melampau mereka.

"Mereka sebenarnya pengecut," ujar satu sumber.

Komuniti antarabangsa digemparkan dengan insiden serangan balas dilancarkan Israel ke atas Iran meskipun Teheran sudah memberi amaran keras akibat dahsyat bakal dihadapi musuh mereka jika melakukan provokasi sedemikian.

Pasukan Pertahanan Udara Iran mengesahkan serangan udara rejim Zionis menyasarkan kedudukan di Teheran, Khuzestan dan Ilam.

“Rejim palsu itu tetap berdegil dan menyerang kemudahan tentera di tiga wilayah tersebut, sekali gus mencetuskan ketegangan baharu di rantau Asia Barat,” ujar jurucakap pasukan tersebut.

Menurutnya, sistem pertahanan udara bersepadu milik mereka berjaya menembak jatuh dan menangkis tindakan pencerobohan ganas tersebut.

“Serangan itu hanya menyebabkan kemusnahan kecil di beberapa lokasi dan dimensi kejadian sedang disiasat,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu menurut sumber keselamatan, bunyi letupan kuat di Teheran yang dilaporkan kebanyakan rangkaian media berpunca daripada pengaktifan sistem pertahanan udara. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!