Korea Selatan sahkan satu lagi kes LSD

Sebuah trak kuarantin menyembur disinfektan di sekitar ladang lembu di Yeoju, Wilayah Gyeonggi yang menyaksikan wabak penyakit kulit berketul - Foto: Yonhap
Sebuah trak kuarantin menyembur disinfektan di sekitar ladang lembu di Yeoju, Wilayah Gyeonggi yang menyaksikan wabak penyakit kulit berketul - Foto: Yonhap
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan telah melaporkan satu lagi kes penyakit kulit berketul (LSD) dalam ternakan lembu, menjadikan jumlah terkini kes yang disahkan tahun ini kepada 14, menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kes terbaharu dikesan di sebuah ladang lembu di Munkyong, kira-kira 140 kilometer tenggara Seoul.

Kementerian itu telah mengeluarkan arahan henti operasi selama 24 jam untuk kakitangan dan kenderaan yang berkaitan dengan ladang serta kemudahan berkaitan di enam wilayah berdekatan.

Pada Jumaat, Korea Selatan turut mengesahkan tiga lagi kes berasingan.

Kerajaan akan mengerahkan semua kenderaan pembasmian kuman yang ada untuk mencegah penularan penyakit itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!