Thinaah terima ijazah Tesl, diiktiraf ikon sukan OUM

Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada Majlis Konvokesyen OUM hari ini. - Foto: FB OUM
Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada Majlis Konvokesyen OUM hari ini. - Foto: FB OUM
A
A
A

PEMAIN beregu badminton wanita negara, M Thinaah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).

OUM dalam hantaran di Facebook memaklumkan Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi juga menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti itu di sini hari ini.

Pada 28 Februari lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Januari 2023 hingga Mei 2024.

Thinaah yang memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!