Ribut tropika trami: MetMalaysia keluarkan nasihat

MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan pantai timur Semenanjung dan barat Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Ribut tropika itu berlaku kira-kira 325km ke timur laut Da Nang, Vietnam.

Berdasarkan pencerapan pada 5 petang, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum 111 km/j. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!