Lebih 300 kibar Jalur Gemilang di Menara Condong Teluk Intan

Orang ramai berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan menyokong usaha mengibarkan Jalur Gemilang susulan isu pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.
Orang ramai berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan menyokong usaha mengibarkan Jalur Gemilang susulan isu pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.
A
A
A

TELUK INTAN - Dianggarkan lebih 300 orang berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini, susulan isu pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengunjung mula berkumpul bermula jam 5 petang pada Sabtu mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu antaranya Negaraku, Jalur Gemilang dan Saya Anak Malaysia simbolik rasa patriotik dan kecintaan kepada negara.

Himpunan beramai-ramai itu turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sebagai tanda sokongan inisiatif orang ramai.

Razman (tengah) turut hadir bagi sokongan usaha rakyat di Teluk Intan.
Razman (tengah) turut hadir bagi sokongan usaha rakyat di Teluk Intan.

Acara yang berlangsung selama sejam 30 minit itu kemudiannya berakhir dengan bacaan doa Wehdah dan Qunut Nazilah.

Anggota polis dan pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Teluk Intan turut berada di lokasi untuk mengawal keadaan.

Bagi peniaga, Roslina, 57, dia pada awalnya berasa pelik dengan perjalanan perarakan berunsurkan keagamaan pada hari kejadian.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan menyokong usaha mengibarkan Jalur Gemilang susulan isu pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.
Orang ramai berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan menyokong usaha mengibarkan Jalur Gemilang susulan isu pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.

"Sebagai penduduk, kita sudah biasa dengan perarakan cuma kali ini agak lain kerana dijalankan secara besar-besaran tambahan kibarkan bendera negara asing.

"Melihat keadaan itu memang ada rasa kurang senang dan saya menyokong inisiatif kumpulan ini dalam mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Pengunjung, Roslan Omar, 42, berkata, kehadiran dia bersama rakan-rakan dari Seberang Perak, Kampung Gajah menunjukkan tanda sokongan terhadap usaha penduduk terhadap isu tular.

"Dengan rasa semangat kita hadir menyokong usaha kibarkan Jalur Gemilang di ikon pelancongan negeri Perak.

"Gerakan ini diketahui menerusi Facebook dan usaha ini digunakan sebaiknya dalam menyatakan rasa bahawa ini negara kita bukan China, inilah jati diri rakyat Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!