Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri
KUALA LUMPUR - Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.20 petang memaklumkan keadaan itu berlaku di Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Keadaan sama juga berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat).
Turut tersenarai, Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!