Kes culik ahli perniagaan: Tiada tangkapan baharu

Kumar
Kumar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan tiada tangkapan suspek baharu dibuat berhubung kes culik seorang ahli perniagaan yang dilaporkan pada 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, setakat ini hanya 13 suspek yang ditahan sebelum ini termasuk mereka yang sudah direman sehingga 29 Oktober ini.

“Soal sasiat masih berjalan, mereka masih dalam tahanan reman,” katanya selepas melakukan lawatan ke Bazar Deepavali Jalan Trus di bandar raya ini pada Sabtu.

Kumar mengulas mengenai perkembangan terkini kes culik ahli perniagaan tersebut selepas polis menahan 13 individu termasuk seorang ahli keluarga mangsa berusia 23 hingga 58 tahun dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri ini pada Rabu lalu.

Sabtu lalu, polis Johor mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga tempatan dilarikan oleh beberapa individu dengan sebuah kereta.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 7.20 malam pada 13 Oktober lalu dan ahli perniagaan itu dilaporkan dilepaskan pada hari yang sama.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, keluarga ahli perniagaan itu mendakwa terpaksa membayar RM20 juta bagi tujuan membebaskan mangsa.

Dalam pada itu Kumar memberitahu, seramai 1,534 pegawai dan anggota polis dari seluruh negeri sempena perayaan Deepavali tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ini termasuk bagi mengatasi kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), masing-masing 95 anggota akan ditempatkan di dua pintu masuk tersebut.

Selain itu katanya, mereka yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena Deepavali boleh memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Menerusi aplikasi tersebut, polis akan pantau dan pastikan kawasan perumahan yang tinggalkan akan dibuat rondaan.

"Mereka juga boleh berdaftar dengan datang ke balai dan isi borang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!