Agong berkenan masak kari daging Jepun santapan bersama kakitangan

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa memasak menu istimewa kari daging Jepun sebagai santapan petang bersama kakitangan istana. Foto: Facebook Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa memasak menu istimewa kari daging Jepun sebagai santapan petang bersama kakitangan istana. Foto: Facebook Sultan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa dengan memasak menu istimewa kari daging Jepun sebagai santapan petang bersama kakitangan istana.

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menyediakan hidangan dengan menggabungkan rempah, bahan tradisional Jepun dan sentuhan tempatan.

"Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda pada Sabtu, memasak sambil berinteraksi bersama kakitangan yang turut menyaksikan kemahiran Baginda menyediakan menu berkenaan.

"Memasak merupakan antara hobi kegemaran Seri Paduka Baginda dan Sultan Ibrahim juga berkemahiran menyediakan pelbagai menu masakan," katanya menerusi hantaran itu pada Sabtu.

Seri Paduka Baginda menyediakan hidangan kari daging Jepun dengan menggabungkan rempah, bahan tradisional Jepun dan sentuhan tempatan. - Foto: Facebook Sultan Ibrahim
Seri Paduka Baginda menyediakan hidangan kari daging Jepun dengan menggabungkan rempah, bahan tradisional Jepun dan sentuhan tempatan. - Foto: Facebook Sultan Ibrahim

Sebelum ini, media melaporkan tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan Dollah, 57, berkata, bahawa Seri Paduka Baginda gemar memasak dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada petugas di istana.

Ujar Hamdan, Yang di-Pertuan Agong juga tidak cerewet dalam pemilihan santapan dan gemarkan masakan Melayu kampung seperti asam pedas, gulai nanas ikan kering, ulam-ulaman dengan sambal belacan, siput sedut serta kerang rebus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!