Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati - Ketua Kemanusiaan PBB

Anggota pertahanan awam Palestin mencari mangsa yang terselamat melalui runtuhan susulan pengeboman Israel ke atas rumah keluarga empat tingkat Muqat di kejiranan Zarqa di utara Kota Gaza pada Sabtu - Foto: AFP
Anggota pertahanan awam Palestin mencari mangsa yang terselamat melalui runtuhan susulan pengeboman Israel ke atas rumah keluarga empat tingkat Muqat di kejiranan Zarqa di utara Kota Gaza pada Sabtu - Foto: AFP
A
A
A

ANKARA - Pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Sabtu bahawa "seluruh penduduk di utara Gaza berisiko mati," di tengah-tengah situasi yang semakin meruncing dan serangan sengit tentera Israel yang berlarutan selama beberapa minggu, lapor Agensi Anadolu.

"Hosptial telah diserang dan petugas kesihatan ditahan. Tempat perlindungan telah dikosongkan dan dibakar," kata Pemangku Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Joyce Msuya.

Msuya menekankan kesan buruk serangan Israel terhadap penjagaan kesihatan dan keselamatan orang awam, serta keadaan kritikal pasukan penyelamat yang dihalang daripada menyelamatkan orang dari bawah runtuhan.

"Ketua agensi kemanusiaan itu meluahkan kebimbangan mendalam terhadap penduduk awam, melaporkan bahawa keluarga telah dipisahkan dan lelaki serta kanak-kanak lelaki diangkut dengan trak.

"Kekejaman Israel telah mengakibatkan ratusan rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dengan puluhan ribu lagi terpaksa melarikan diri sekali lagi," katanya.

Anggota pertahanan awam Palestin membawa keluar seorang kanak-kanak yang diselamatkan susulan pengeboman Israel ke atas rumah keluarga Muqat empat tingkat di kejiranan Zarqa di utara Kota Gaza pada Sabtu - Foto: AFP
Anggota pertahanan awam Palestin membawa keluar seorang kanak-kanak yang diselamatkan susulan pengeboman Israel ke atas rumah keluarga Muqat empat tingkat di kejiranan Zarqa di utara Kota Gaza pada Sabtu - Foto: AFP

Msuya memberi amaran bahawa "seluruh penduduk Gaza Utara berisiko mati," dan mengutuk serangan serta sekatan yang sedang berlaku sebagai menunjukkan "penghinaan terang-terangan terhadap asas kemanusiaan dan undang-undang perang."

Beliau menyeru tindakan segera antarabangsa untuk menghentikan keganasan dan memastikan perlindungan terhadap orang awam di wilayah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pencerobohan darat dan pengeboman oleh tentera Israel terus berlaku di seluruh utara Gaza, dengan pasukan tentera mendesak pemindahan rakyat Palestin secara paksa.

Hampir 43,000 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 100,000 orang cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakannya di Gaza. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!