SK TUDM Subang tekad ‘bom habis’ SK Seri Pristana

Pasukan SK TUDM Subang akan bertarung dengan SK Seri Pristana di pentas separuh akhir Piala Raja Muda Selangor pada Isnin ini.
Pasukan SK TUDM Subang akan bertarung dengan SK Seri Pristana di pentas separuh akhir Piala Raja Muda Selangor pada Isnin ini.
A
A
A

SEKOLAH Kebangsaan (SK) TUDM Subang bertekad menjadikan penampilan kali keempat Piala Raja Muda Selangor pentas mencabar kejuaraan berkenaan.

Malah pengendali skuad bola sepak Bawah 12 tahun SK TUDM Subang, Mohd Jamal Hafiz Mohd Fuadi menyifatkan anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran SK Seri Pristana, Sungai Buloh dalam aksi separuh akhir.

Tambah Mohd Jamal, pemain-pemain SK TUDM Subang sentiasa positif dari segi persediaan fizikal dan mental berdepan SK Seri Pristana.

“Fokus utama latihan adalah pada pengukuhan pertahanan serta serangan balas pantas kerana kami tahu pihak lawan mempunyai kekuatan di bahagian serangan.

“Kami telah menjalani latihan intensif sepanjang minggu ini untuk memastikan pemain berada dalam kondisi terbaik. Kami sedar perlawanan ini adalah hidup-mati bagi kedua-dua pasukan, jadi disiplin dan kesediaan mental amat penting.

“Selain itu pemain-pemain telah diberikan arahan khusus mengenai kepentingan penguasaan bola dan mengelakkan kesilapan mudah, yang sering menjadi punca kekalahan dalam perlawanan penting,” katanya.

Sebagai rekod, SK TUDM Subang memulakan kempen edisi 35 dengan muncul naib juara Kumpulan D yang diundi bersama SK Puncak Alam 3 dan SK Johan Setia yang diungguli SK Bandar Baru Selayang 2.

SK TUDM Subang mara ke suku akhir selepas menewaskan SK Batu Belah, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di SK Perdana Jaya.

Artikel Berkaitan:

Di suku akhir, SK TUDM Subang meneruskan momentum dengan menjinakkan SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, 2-0 bagi berdepan SK Seri Pristana.

Ditanya mengenai SK Seri Pristana lawan di padang SK Putra Heights, pada Isnin, Mohd Jamal mengakui pasukan dari kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor itu merupakan pilihan juara edisi ke-35 kali ini.

Jelasnya, SK Seri Pristana yang diperkuatkan pemain-pemain berkualiti memperagakan aksi konsisten bermula daripada Pusingan 32 hingga suku akhir dengan kemenangan dan jaringan besar.

“Biarpun begitu, kami tetap akan memberikan tentangan sehabis baik di padang nanti kerana kami menekankan semangat berpasukan yang tinggi dalam permainan.

“Walaupun SK Sri Pristana adalah lawan yang kuat, kami percaya bahawa dengan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang utuh di padang kami mampu untuk mengekang mereka.

“Kami bukan hanya bergantung pada satu dua pemain, tetapi seluruh pasukan perlu berada dalam keadaan bersedia dan saling menyokong di padang. Kami yakin dengan kemampuan sendiri, dan berharap untuk keluar sebagai pemenang,” katanya.

Sementara itu, penolong pengendali SK TUDM Subang, Syamsul Amir Abdul Hamid berkata, pemain-pemain berada pada prestasi tahap terbaik apabila melangkah ke pentas empat terbaik Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor kali ini.

“Insya-ALLAH, setiap pemain yang diberikan tanggungjawab akan memberikan yang terbaik, selebihnya kami serahkan kepada ALLAH SWT,” katanya.

Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK TUDM SUBANG (PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA)

PENGURUSAN

PENGURUS: LUTFI JUWAINI ZAINI

KETUA JURULATIH: MOHD JAMAL HAFIZ MOHD FUADI

PENOLONG JURULATIH: SYAMSUL AMIR ABDUL HAMID

JURULATIH PENJAGA GOL: MUHAMMAD AZWAN MOHD ZAIN

FISIOTERAPI: MOHD YUSMIZI CHE HARUN

PEMAIN

1. MUHAMMAD RAYYAN NOORIZAID

18. MUHAMMAD ASYRAF DANIEL MOHD NUR

9. MUHAMMADHARIZ RIFQI MUHAMAD AZMAN

3. MUHAMMAD AMSYAR HAIQAL AHMAD MOHAMAD ALBAB

16. AHMAD EIMER QHALISH JAMALUDDIN

17. MUHAMMAD AISY DANIAL AZHARIL

4. ADAM MUHAMMAD HAIKAL ZULFAMY’

15. LUQMAN ALHAKIM AHMAD AZMAN

19. MUHAMMAD ALIFF RIFQI MOHD HUSNI

11. MUHAMMAD AQIL HAQIZ MOHAMAD ASRI

14. MUHAMMAD AIDIL SHAKIR MUHAMMAD SHAHID

8. AHMAD FAYYADH HAZREEQ MAZUWAN

6. MUHAMMAD ARIF AZFAR

5. MIFDAL DANIYAL MOHAMMAD NOR AZLAN

2. MIKAIL RIZQ MUHAMMAD IZHAN

10.MUHAMMAD RAZIN AZARUDDIN

7.MUHAMMAD AIRIEL RAYKAL MOHD HUSNI

12.MUHAMMAD AMMAR SUFI AZHARIL

13.RAIMI ZIKRI MUHAMMAD RIDZUAN

20.MUHAMMAD ARSHAD AZFAR

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!