SOJC 2024: Great Britain muncul juara kali keempat

Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (depan empat, kanan) berkenan menyampaikan piala kemenangan SOJC edisi ke-12 itu kepada pasukan Great Britain selepas muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 selepas menundukkan Australia 3-2, di Stadium Hoki Taman Daya hari ini.
 - Foto: Bernama

A
A
A

GREAT Britain menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 edisi ke-12 selepas menundukkan Australia 3-2 di Stadium Hoki Johor di sini hari ini.

Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019 sekali gus menyekat Australia untuk menambah koleksi kejuaraan itu buat kali ketiga.

Pada perlawanan malam ini, Australia terlebih dahulu meledak dua jaringan hasil gol padang Daykin Stanger seawal minit ke-10 dan Dylan Downey tiga minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti.

Great Britain tidak perlu menunggu lama untuk mengejar selepas Kaden Draysey menyudahkan pukulan sudut penalti seminit kemudian, menewaskan penjaga gol Hunter Banyard.

Jaringan penyamaan Great Britain hadir pada suku ketiga selepas tolakan bola Alex Chihota tepat ke gawang lawan pada minit ke-40, sebelum Rory Penrose menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-51 suku keempat dan keputusan kekal 3-2 sehingga tiupan wisel penamat.

Pemain Great Britain, meraikan jaringan gol ketika menentang Australia dalam perlawanan akhir Piala Hoki Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, hari ini - Foto: Bernama
Pemain Great Britain, meraikan jaringan gol ketika menentang Australia dalam perlawanan akhir Piala Hoki Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, hari ini - Foto: Bernama

Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan piala kemenangan SOJC edisi ke-12 itu kepada pasukan Great Britain.

Sementara itu, Chihota menjadi pemain terbaik manakala pemain New Zealand Jonty Elmes muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol keseluruhan, sementara Magnus Mccausland dari Australia dipilih sebagai penjaga gol terbaik.

Artikel Berkaitan:

Pada perlawanan petang tadi, India menamatkan cabaran di tempat ketiga setelah menewaskan New Zealand 5-4 menerusi pukulan penentuan penalti selepas terikat 2-2.

Skuad remaja negara pula mengakhiri saingan di tempat terakhir selepas ditewaskan Jepun 5-2 menerusi penentuan penalti setelah terikat 2-2.

Sebanyak enam negara berentap dalam kejuaraan bawah 21 tahun itu pada kali ini dan kali terakhir Malaysia menjuarai SOJC adalah pada 2011 yang merupakan edisi pertama kejohanan berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!