Hampir hilang nyawa, terpaksa 'puasa' silat

A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pesilat muda terpaksa ‘berpuasa’ daripada olahraga itu selama setahun akibat kecederaan parah di dalam mulut yang dialami ketika menyertai pertandingan sebulan lalu.

Muhammad Fahmi Nabil Ismail, 15, yang mewakili kelab Kedah, Sriwira Malaysia berkata, kecederaan tersebut berlaku akibat disepak pihak lawan semasa pertandingan peringkat kebangsaan di Melaka pada 21 September lalu.

“Lepas terkena sepakan itu, saya terbaring kesakitan. Pihak lawan terkejut melihat keadaan saya seperti meronta-ronta.

“Tapi disebabkan peraturan dalam silat, dia (pihak lawan) diminta untuk tinggalkan gelanggang oleh pengadil.

“Selepas pasukan perubatan datang dan periksa keadaan saya yang hampir tak sedarkan diri, saya dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Muhammad Fahmi Nabil, jeritan 'bangun' yang dilaungkan rakan-rakan ketika kejadian itu menjadi sumber kekuatan untuknya bangkit.
Menurut Muhammad Fahmi Nabil, jeritan 'bangun' yang dilaungkan rakan-rakan ketika kejadian itu menjadi sumber kekuatan untuknya bangkit.

Video insiden tersebut yang berdurasi 31 saat ditonton lebih 1.3 juta pengguna TikTok dengan 35,000 tanda suka.

Artikel Berkaitan:

Menurut Muhammad Fahmi Nabil, jeritan 'bangun' yang dilaungkan rakan-rakan ketika kejadian itu menjadi sumber kekuatan untuknya bangkit.

Katanya yang kini bertugas sebagai pembantu jurulatih, akibat kejadian itu, dia menerima tiga jahitan dalam mulut.

“Saya tengok balik video yang kawan-kawan rakam, saya ‘bangun’ kerana suara mereka ketika itulah sumber semangat dan kekuatan saya.

"Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur," ujarnya.

Tambahnya, walaupun insiden tersebut menjadi pengalaman pahit, dia tidak akan berganjak daripada impian untuk menjadi pesilat hebat pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan kemalangan yang berlaku itu.

“Bagi saya, ia sebagai inspirasi dan pengalaman untuk lebih kuat dalam bidang ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!