Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel - IAEA

Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel. Foto Agensi
Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel. Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

"Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

"Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain," kata Grossi menerusi platform media sosial X pada Sabtu malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Serangan udara Israel di wilayah Iran pada Sabtu mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan yang meluas serta gesaan yang mendesak untuk gencatan senjata segera.

Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan terbabit, menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat. - Bernama-IRNA

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!