Empat sahabat ditahan positif dadah

Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan empat sekawan selepas kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu di Rantau Panjang pada Jumaat.

A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan empat sekawan selepas kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu di sini pada Jumaat.

Kesemua suspek itu dicekup pada jam 2 petang semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai 20 biji pil dipercayai eramin 5 bernilai RM300 di dalam poket seluar salah seorang suspek.

Hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai 20 biji pil dipercayai eramin 5 bernilai RM300 di dalam poket seluar salah seorang suspek.
Hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai 20 biji pil dipercayai eramin 5 bernilai RM300 di dalam poket seluar salah seorang suspek.

"Saringan awal ujian air kencing juga menunjukkan tiga lelaki terbabit yang berusia 21 hingga 30 tahun itu positif dadah jenis methampetamine.

"Manakala seorang lagi suspek berusia 36 tahun positif dadah jenis ketamin," katanya pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek serta barangan rampasan telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!