Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai

Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.
A
A
A

PELAKON dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.

Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45 tahun, mengesahkan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat secara sepakat demi kebaikan bersama. Memetik laporan media, Que berkata, walaupun berpisah, hubungan mereka kekal baik dan mereka bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anak mereka, Tengku Ratu Haidar yang berusia 15 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar yang berusia 12 tahun, cukup matang untuk menerima keputusan tersebut.

Baginya, sokongan bersama antara ibu bapa adalah penting bagi memastikan kebajikan anak-anak terpelihara, meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.

Que turut mengambil pendirian untuk tidak menghebahkan punca sebenar perceraian mereka, menghormati sifat peribadi isu tersebut.

Menurutnya, tiada keperluan untuk berkongsi atau membangkitkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan baik yang masih wujud antara beliau dan bekas isteri.

Que dan Linda berkahwin pada 14 Februai 2009.

Artikel Berkaitan:

Selain Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra, Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!