Sistem Kesihatan Akademik dilancar, mengadaptasi dunia digitalisasi

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) Pengerusi KPJ Healthcare University, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (kiri) dan Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan) melakukan gimik pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. (Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) Pengerusi KPJ Healthcare University, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (kiri) dan Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan) melakukan gimik pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. (Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID)
A
A
A

KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melancarkan Sistem Kesihatan KPJ pertama di Malaysia yang mampu mengubahkan sistem kesihatan dengan digitalisasi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keperluan sistem itu menampilkan model kesihatan berdasarkan nilai iaitu memindahkan perkhidmatan tradisional kepada penawaran keputusan.

Menurutnya, ia turut mempromosikan penghantaran kesihatan dan kesejahteraan klinikal.

"Sistem ini berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan penemuan yang lebih praktikal serta berinovasi untuk bergerak serentak.

"Sistem kesihatan kita harus berkembang untuk menjaga rakyat dengan lebih baik dan kesihatan berdasarkan nilai itu sangat penting bagi perubahan ini kerana fokus selalu berada pada hasil kesihatan selain daripada jumlah perkhidmatan,"katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensional Kuala Lumpur bagi hari kedua persidangan Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024.

Artikel Berkaitan:

Dzulkefly berucap pada Majlis Pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dzulkefly berucap pada Majlis Pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengerusi KPJ Healthcare University, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Tambah Dzulkefly, perkembangan pendidikan perubatan dan kajian antara kolaborasi KPJ dengan KPJ Healthcare University yang menumpukan perhatian terhadap populasi, penyelidikan serta perkembangan dalam pembangunan kesihatan.

Katanya, sebanyak 15 peratus populasi berumur 60 tahun dan ke atas pada 2035 akan muncul penyakit yang sukar dipulihkan seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.

"Dengan cabaran ini, Sistem Kesihatan KPJ memainkan peranan penting dalam mengubah cara tangani masalah kesihatan dalam populasi itu.

"Model yang mampu memulihkan kesihatan, penyelidikan peningkatan dan penyelidikan perubatan adalah penting dalam menguruskan keperluan kesihatan yang berkembang dengan lebih efektif," ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Mohamed berkata, penjagaan kesihatan bukan lagi sekadar menyediakan rawatan, namun hospital mesti berkembang melangkaui sekadar menjadi pusat rawatan semata-mata.

Syed Mohamed berucap pada Majlis Pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Syed Mohamed berucap pada Majlis Pelancaran Sistem Kesihatan KPJ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tambahnya, mereka perlu menerima penyelesaian terkini seperti diagnostik berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan perubatan yang diperibadikan.

"Ia beralih fokus kepada penjagaan pencegahan dan kesejahteraan keseluruhan serta mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mampan,"katanya.

Menurut Syed Mohamed, KPJ Healthcare menetapkan standard baharu untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti di seluruh negara bagi memacu peningkatan keputusan penyakit pesakit.

"Inisiatif ini menyumbang kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan akses kepada rawatan canggih.

"Ia juga untuk mengurangkan ketidaksamaan dalam penjagaan kesihatan dan menyokong pembangunan pusat rawatan yang akan melayani kes-kes perubatan kompleks sekali gus memperkukuhkan infrastruktur penjagaan kesihatan di negara ini,"jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!