10 pelanggan, penjaga pusat hiburan ditahan

Antara pelanggan wanita yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Ahad.
Antara pelanggan wanita yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana di sebuah pusat hiburan di sini bertukar kecoh apabila puluhan pelanggan cuba melarikan diri dalam serbuan pada Ahad.

Bagaimanapun, cubaan pelanggan terbabit berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 94 individu termasuk empat pekerja pusat hiburan itu diperiksa dalam serbuan Op Noda #KLStrikeForce pada jam 3.47 pagi.

"Hasil pemerikasaan, seramai sembilan individu termasuk tiga wanita warga asing berusia 21 hingga 54 tahun ditahan.

"Kita turut menahan seorang wanita disyaki penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Antara pelanggan lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Ahad.
Antara pelanggan lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Ahad.

Rusdi berkata, operasi itu dilaksanakan oleh 31 anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Artikel Berkaitan:

"Sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam serbuan terhadap pusat hiburan tanpa lesen itu," katanya.

Rusdi berkata, berapa peralatan pusat hiburan itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Tangkapan dan rampasan telah diserahkan ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat pas atau permit serta Seksyen 6(1) (c) akta sama iaitu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!