Pekerja wanita 18 tahun maut ditetak di sebuah bar di Tokyo
TOKYO - Seorang pekerja wanita berusia 18 tahun di sebuah bar di Tokyo maut selepas ditetak oleh seorang pelanggan lelaki menggunakan pisau awal pagi Ahad, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Pelanggan berkenaan, Hiroyuki Chigira, 49, yang berasal dari Wilayah Gunma didakwa menetak Yuna Tanisawa di bahagian leher sekitar 5:40 pagi waktu tempatan, lapor Kyodo News memetik kenyataan polis.
Pengurus bar berjaya menahan suspek sebelum polis tiba di tempat kejadian, menurut laporan itu.
Tanisawa disahkan meninggal dunia di hospital. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!