Dua remaja direman samun telefon bimbit pelajar

Kedua-dua remaja direman seminggu bermula hari ini selepas disyaki menyamun telefon bimbit milik pelajar, kelmarin
Kedua-dua remaja direman seminggu bermula hari ini selepas disyaki menyamun telefon bimbit milik pelajar, kelmarin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua remaja direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun telefon bimbit milik dua pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Gong Badak, Kuala Nerus malam kelmarin.

Perintah reman terhadap suspek berusia 18 dan 19 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, kedua-dua mangsa berusia 15 tahun dipercayai berada hadapan sebuah sekolah menengah di Gong Badak, Kuala Nerus sebelum dikejutkan dengan kehadiran lelaki bersenjatakan pisau dari arah belakang.

Suspek kemudiannya memaksa kedua-dua mangsa menyerahkan telefon bimbit masing-masing sebelum mengugut akan mencederakan mereka jika tidak memberi kerjasama.

Mangsa yang ketakutan menyerahkan telefon bimbit jenama Iphone 10 dan Iphone 11 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Susulan itu suspek pertama berusia 19 tahun ditahan di sekitar kawasan Pasar Batu Enam, Manir, di sini kira-kira jam 3 petang semalam, manakala suspek kedua berusia 18 tahun ditahan di Gong Badak, Kuala Nerus pada jam 10.40 malam tadi.

Kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!