PM lancar kempen RFC Madani Care For Nature

Anwarmelakukan flag-off para peserta pada majlis perasmian RFC Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong pada Ahad. Foto Bernama
Anwarmelakukan flag-off para peserta pada majlis perasmian RFC Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad merasmikan kempen RFC Madani Care For Nature di Taman Eco Rimba Kledang Saiong di sini, yang bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Kempen itu adalah sebahagian daripada usaha Rainforest Challenge (RFC) menerap dan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dan semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat, sempena Hari Alam Sekitar Negara 21 Oktober lepas.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan simbolik pelepasan RFC Grand Final 2024 yang bakal diadakan di Perak mulai 29 November hingga 9 Disember ini.

Anwar bersama para peserta RFC Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong pada Ahad. Foto Bernama
Anwar bersama para peserta RFC Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong pada Ahad. Foto Bernama

RFC merupakan acara tahunan sukan lasak kenderaan 4x4 antarabangsa yang diadakan di Malaysia sejak 1997, turut diadakan di lebih 20 buah negara melalui RFC Global Series.

Sebanyak 30 pacuan empat roda terlibat dalam program hari ini, yang menyaksikan pertandingan yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia sehingga dinobat tempat ketiga daripada 10 pertandingan permotoran paling lasak di dunia sebaris dengan Dakar Rally, BAJA Race, Le Mans 24hr Race dan Isle of Man Race. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!