Polis mohon bantuan kesan Banupriya

Polis mohon bantuan orang ramai mengesan Banupriya yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas. Foto ihsan PDRM
Polis mohon bantuan orang ramai mengesan Banupriya yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas. Foto ihsan PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di Aeon Big Subang Jaya, Jalan Kemajuan Subang, Selangor pada 12 tengah hari, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata, laporan kehilangan Banupriya Balamurugan diterima sekitar 5.32 petang pada hari sama.

Beliau berkata, remaja itu mempunyai ketinggian 168 sentimeter dan berat badan 55 kilogram selain memiliki mata dan rambut panjang berwarna coklat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!