Belanjawan 2025 akan rangsang pelaburan tambahan di Malaysia

Alliance Bank Malaysia Bhd.
Alliance Bank Malaysia Bhd.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2025 akan merangsang pelaburan tambahan di Malaysia dan membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh asas ekonomi negara, menurut Alliance Bank Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kellee Kam Chee Khiong berkata, belanjawan itu bersifat progresif, yang mempunyai keseimbangan berhemat antara ekonomi, kemampanan, penggunaan pelaburan digital dan kesejahteraan rakyat.

"Belanjawan itu adalah bukti komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan keutamaan berterusan bagi tadbir urus yang berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 18 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan terbesar sebanyak RM421 bilion, berbanding RM408 bilion untuk 2024.

Chee Khiong berkata, secara keseluruhan, Belanjawan 2025 merangkumi spektrum yang luas dalam menangani isu berkaitan rakyat dan perniagaan.

Perancangan kewangan negara itu mempunyai ciri-ciri penting yang mengutamakan kebajikan rakyat, memacu ekonomi negara, menarik lebih banyak pelaburan, membantu membuka laluan kepada pasaran baharu, serta menerima pakai digital, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!