PSM masuk sekolah cari pelapis

Sumali melihat skil seorang murid melakukan timbangan semasa sesi KLAS 2024 di SMK Taman Dato' Harun 2, Petaling Jaya.
Sumali melihat skil seorang murid melakukan timbangan semasa sesi KLAS 2024 di SMK Taman Dato' Harun 2, Petaling Jaya.
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menganjurkan program Klinik Latihan Asas Sukan Sepaktakraw (KLAS) 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato' Harun 2, Petaling Jaya.

Menurut Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, program kerjasama daripada tenaga pengajar profesional dan bekas pemain sepak takraw negara menekankan latihan asas sukan itu bagi peserta berumur bawah 12 dan 15 tahun.

Jelasnya, program KLAS ini memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat bernilai kepada semua peserta.

Peserta memperagakan kemahiran masing-masing semasa sesi KLAS 2024 itu.
Peserta memperagakan kemahiran masing-masing semasa sesi KLAS 2024 itu.

"Program ini adalah pencetus bagi latihan asas dan juga mencungkil bakat anak-anak muda dalam sukan sepak takraw.

"Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Menteri Belia serta Kementerian Belia dan Sukan yang memberikan peluang dan sokongan kepada sepak takraw.

"Dengan program KLAS ini juga kami dapat menyaksikan sambutan hangat dan sungguh ramai anak-anak muda yang berbakat dalam sepak takraw," katanya.

Artikel Berkaitan:

Murid dan pelajar yang menyertai KLAS 2024 di SMK Taman Dato' Harun 2, Petaling Jaya.
Murid dan pelajar yang menyertai KLAS 2024 di SMK Taman Dato' Harun 2, Petaling Jaya.

Sebagai rekod, Siri Ketiga KLAS di SMK Taman Dato' Harun 2, berjaya menarik minat lebih daripada 100 murid sekolah rendah dan menengah bagi merasai sendiri pengalaman berlatih bersama bekas pemain negara.

Mengulas mengenai sambutan, Sumali berkata, ia menunjukkan sepak takraw mempunyai ramai peminat dan pemain muda yang harus digilap serta diberikan perhatian yang sewajarnya.

"Program KLAS ini akan diteruskan di setiap pelusuk negara bagi mengenal pasti bakat-bakat muda dan kami dari PSM dengan kerjasama KBS akan memastikan sepak takraw akan terus maju dan berkembang luas di Malaysia."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!