21 pelajar politeknik sertai latihan pelajari kenderaan elektrik di China

Sebanyak 21 peserta daripada tiga Politeknik Malaysia menyertai EV Automotive Hangzhou Silk Road Youth Exchange Programme, anjuran PSAS bermula hari ini hingga 21 Januari 2025. - Foto: FB Politeknik Sultan Azlan Shah
Sebanyak 21 peserta daripada tiga Politeknik Malaysia menyertai EV Automotive Hangzhou Silk Road Youth Exchange Programme, anjuran PSAS bermula hari ini hingga 21 Januari 2025. - Foto: FB Politeknik Sultan Azlan Shah
A
A
A

IPOH - Sebanyak 21 peserta daripada tiga Politeknik Malaysia menyertai EV Automotive Hangzhou Silk Road Youth Exchange Programme, anjuran Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bermula hari ini hingga 21 Jan tahun depan.

PSAS dalam kenyataan memaklumkan program itu diadakan di Hangzhou Polytechnic (HZPT) dan Syarikat Geely Auto Group di China bertujuan memberi latihan sangkutan industri dalam bidang kenderaan elektrik (EV) kepada pelajar terpilih.

Program itu disertai sembilan pelajar PSAS serta enam pelajar masing-masing daripada Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) serta seorang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSAS.

"Program ini juga menyediakan peluang penempatan setelah tamat tempoh latihan dan menjadikan ia platform penting untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri EV yang semakin berkembang pesat ketika ini," menurut kenyataan itu hari ini.

Selain itu, program berkenaan akan membuka peluang yang luas kepada pelajar politeknik di negara ini menyertai pembangunan global dalam industri kenderaan elektrik dan meningkatkan daya saing mereka pada peringkat antarabangsa.

Kenyataan itu memaklumkan sepanjang program berlangsung, pelajar akan menjalani latihan amali dalam bidang kenderaan elektrik, lawatan dan sangkutan industri di Syarikat Geely Auto Group serta anak syarikatnya,

selain latihan yang akan diajar oleh jurulatih industri.

"Program silang budaya juga akan dijalankan untuk memperkasakan pemahaman pelajar mengenai budaya China dan pembangunan teknologi EV di negara berkenaan," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!