Maritim tahan bot, nelayan warga Myanmar

Maritim menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama empat awak-awak warga Myanmar tanpa permit sa
Maritim menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama empat awak-awak warga Myanmar tanpa permit sa
A
A
A

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama empat nelayan warga Myanmar tanpa permit sah, pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 11.20 pagi di tujuh batu nautika dari Kemaman.

Menurutnya, vesel tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggotanya yang sedang menjalankan rondaan rutin Op Iman di sekitar perairan Terengganu.

"Kita telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama empat awak-awak termasuk tekong yang berusia di antara 28 hingga 47 tahun ketika sedang menangkap ikan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, empat orang awak-awak warganegara Myanmar berada di atas vesel tersebut disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, bot beserta peralatan menangkap ikan dan minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 10,000 liter telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Katanya, siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, memperkasakan penguatkuasaan dengan menggesa komuniti maritim terutama komuniti nelayan tempatan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan pabila berada di laut," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!