Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang

Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lagi motosikal di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Jelor berhampiran Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh pada Ahad.
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lagi motosikal di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Jelor berhampiran Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh pada Ahad.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah lagi motosikal dinaiki dua remaja perempuan dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Jelor berhampiran Kampung Gong Serapat di sini pada Ahad.

Mangsa, Aeshah Awang, 71, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala salah seorang remaja berusia 14 tahun yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu kira-kira jam 3.50 petang.

Mangsa maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala. Foto PDRM
Mangsa maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala. Foto PDRM

"Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, wanita warga emas dan dua remaja terbabit datang dari arah Pasir Puteh menghala ke Jelor.

"Setiba di lokasi, mangsa dipercayai membelok ke kanan untuk masuk ke simpang. Kemudian, motosikal dinaiki dua remaja terbabit yang datang dari arah belakang telah melanggar motosikal mangsa di bahagian sisi sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut, warga emas terbabit telah mengalami cedera parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil atau menghubungi talian 016-5072413 untuk membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!