Wujud platform aduan khas salah guna kuasa di pintu masuk negara

Kerajaan disaran mewujudkan sebuah platform yang membolehkan orang awam membuat aduan tentang salah guna kuasa pegawai di pintu masuk negara. Gambar hiasan
Kerajaan disaran mewujudkan sebuah platform yang membolehkan orang awam membuat aduan tentang salah guna kuasa pegawai di pintu masuk negara. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mewujudkan sebuah platform yang membolehkan orang awam membuat aduan tentang salah guna kuasa membabitkan pegawai dan kakitangan pihak berkuasa yang bertugas di pintu masuk negara.

Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati), Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, langkah itu perlu bagi memastikan maklumat mengenai isu integriti berkenaan dapat diambil tindakan segera.

Menurutnya, platform aduan berkenaan juga perlu dikawal selia oleh mereka yang dipercayai dan boleh menjaga kerahsiaan pemberi maklumat.

Bibi Sunita
Bibi Sunita

“Apa yang berlaku orang ramai takut untuk memberikan maklumat kerana bimbang identiti terdedah menyebabkan kes berkenaan terus berleluasa dan jika dibiarkan boleh menggugat keselamatan negara,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sindiket 'counter setting' atau laluan kaunter khas bertindak 'memancing' mangsa dengan mempromosikan pakej masuk ke Malaysia menerusi platform media sosial.

Taktik tersebut didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila Op Pump dilaksanakan bagi menahan dalang dan tali barut melibatkan pihak penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelas Bibi Sunita, isu sempadan negara bolos adalah disebabkan kelemahan pihak berkuasa menghidu salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku menyebabkan kes berkenaan sukar dibanteras.

Artikel Berkaitan:

“Kes membabitkan anggota penguat kuasa jabatan bertanggungjawab sudah banyak kali berlaku meskipun kesemua dalangnya telah ditangkap, jadi perlu ada kajian semula atau kaedah tertentu bagi mengelak ia terus menjadi barah yang tidak dapat diubat,” ujarnya

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas sebagai setiausaha sebuah syarikat pada tahun 2003 turut mendedahkan pernah berhadapan dengan isu berkenaan.

“Saya diberitahu oleh pekerja asing ini jika visa mereka tamat tempoh, mereka boleh melalui lorong khas dan perlu membayar RM1,000 hinga RM2,000 untuk keluar dari Malaysia,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!