Serangan udara Israel ke atas Iran, Majlis Keselamatan PBB akan adakan mesyuarat

Rejim Zionis melancarkan beberapa serangan udara yang menyasarkan beberapa lokasi di Khuzestan, Ilam, dan sekitar wilayah Tehran pada awal pagi Sabtu. Foto AFP
Rejim Zionis melancarkan beberapa serangan udara yang menyasarkan beberapa lokasi di Khuzestan, Ilam, dan sekitar wilayah Tehran pada awal pagi Sabtu. Foto AFP
A
A
A

TEHRAN - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan mengadakan mesyuarat pada Isnin berhubung serangan rejim Israel ke atas Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) yang memetik CNN pada Ahad.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan pada Sabtu, mendesak badan dunia itu mengambil pendirian tegas mengenai akibat pencerobohan berterusan dan sistematik oleh Israel.

Ini bagi menghantar mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa pencabulan terang-terangan sebegini tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

Beliau turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 ahli, mengutuk serangan rejim Zionis ke atas Iran.

Rejim Zionis melancarkan beberapa serangan udara yang menyasarkan beberapa lokasi di Khuzestan, Ilam, dan sekitar wilayah Tehran pada awal pagi Sabtu, menyebabkan empat anggota tentera Iran terbunuh. - Bernama-IRNA

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!