Kelulusan lesen pasar malam hanya sehari

Laporan muka depan Sinar Ahad. Gambar kecil: Mohd Jafni
Laporan muka depan Sinar Ahad. Gambar kecil: Mohd Jafni
A
A
A

KULAI - Nasib peniaga kecil terutama pasar malam di negeri ini sentiasa diberikan perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan memudahkan urusan mendapatkan lesen.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, bagi Lesen Penjaja Statik melibatkan peniaga pasar malam, pasar lambak, pasar pagi atau pasar sehari serta penjaja di kawasan berpusat, tempoh kelulusan adalah satu hari bekerja.

“Permohonan lesen penjaja ini agak mudah, hanya perlu kemukakan borang dan dokumen permohonan lengkap selain menyatakan lokasi serta sijil suntikan typhoid,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Menurutnya, tapak pasar malam khususnya di kawasan tumpuan ramai yang sudah lama beroperasi, dikekalkan bagi memudahkan peniaga mendapatkan pelanggan.

“Selepas Covid-19, saya tengok peniaga-peniaga kecil termasuk pasar malam agak terjejas kerana orang ramai suka membeli secara dalam talian.

“Peniaga kecil perlu mencari inisiatif seperti berniaga secara dalam talian. Kerajaan negeri sedia membantu peniaga,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!