Permintaan permit pasar malam masih tinggi

Perkampungan Sungai Isap antara pasar malam yang menjadi tumpuan pengunjung pada setiap Sabtu. Gambar kecil: Nor Hayatul Huda
Perkampungan Sungai Isap antara pasar malam yang menjadi tumpuan pengunjung pada setiap Sabtu. Gambar kecil: Nor Hayatul Huda
A
A
A

KUANTAN - Permintaan bagi mendapatkan permit berniaga di pasar malam masih tinggi dan memberangsangkan, didorong penyediaan tapak perniagaan yang strategik di daerah ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Nor Hayatul Huda Othman berkata, langkah tersebut mampu memberi peluang kepada semua peniaga, walaupun terdapat persaingan dalam kalangan mereka.

“Kalau dikatakan (jualan) merosot 50 peratus, (tapi kita) melihat kepada permintaan untuk berniaga begitu memberangsangkan bukan sebaliknya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Jelasnya, MBK telah meluluskan sebanyak 45 pasar malam dan pasar lambak di pelbagai lokasi strategik di daerah ini.

Tambahnya, bagi memastikan perniagaan berjalan lancar, proses permohonan permit penjaja turut dipercepatkan.

“Kita mengambil inisiatif di mana peniaga memperoleh permit (lesen) tidak berisiko dalam masa 10 minit sahaja,” katanya.

Jelasnya, MBK juga akan memastikan pemilihan lokasi tapak perniagaan mematuhi zon perancangan bandar.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!