Warga emas dicekup bawa 5kg ganja dalam van

Seorang lelaki warga emas dicekup oleh anggota Batalion 7 PGA Kuantan selepas disyaki memiliki 5kg daun mampat jenis ganja di hadapan sebuah stesen minyak di Salor, Kota Bharu pada Ahad.
Seorang lelaki warga emas dicekup oleh anggota Batalion 7 PGA Kuantan selepas disyaki memiliki 5kg daun mampat jenis ganja di hadapan sebuah stesen minyak di Salor, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas disyaki memiliki lima kilogram daun mampat jenis ganja bernilai lebih RM16,000 di hadapan sebuah stesen minyak di Salor di sini pada Ahad.

Dalam serbuan jam 1.40 tengah hari itu, semasa penugasan Op Taring Wawasan dadah tersebut ditemukan di dalam sebuah van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan dadah, satu tangkapan telah dilakukan apabila sebuah van jenis Toyota Hiace ditahan kerana dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.
Van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.

"Hasil pemeriksaan telah menemukan daun mampat jenis ganja di dalam van terbabit.

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta dua unit telefon bimbit ialah RM129,514.60," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

PGA tumpaskan kegiatan penyeludupan PATI

Artikel Berkaitan:

TUMPAT - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menahan seorang tekong di Kampung Pak Keral, di sini pada Ahad.

Dalam serbuan jam 2.20 petang itu, PGA turut menahan lapan PATI warganegara Myanmar yang 'disumbat' dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa diperiksa pemandu yang juga merupakan tekong cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 37 tahun itu membawa seorang lelaki dan tujuh wanita di dalam kereta terbabit.

"Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, semua suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan bawah Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan telah dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!