Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates

Salah
Salah
A
A
A

GOL penyamaan Mohamed Salah membolehkan Liverpool seri 2-2 ketika berdepan seteru Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Ahad, ketika Gabriel Magalhaes terkial-kial menambah masalah kecederaan pasukan tuan rumah.

Bukayo Saka sebelum itu memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga selepas kembali daripada kecederaan.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Virgil van Dijk, menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian hasil dari sepakan sudut Luis Diaz.

Arsenal bertindak balas dengan positif, namun mempersiakan beberapa peluang separuh masa, dengan Saka melakukan rembatan melepasi palang selain Havertz gagal menterjemahkan percubaan berbahaya Gabriel Martinelli dalam bentuk jaringan.

Mikel Merino kelahiran Pamplona, Sepanyol kemudian meletakkan Arsenal kembali di depan pada minit ke-43 untuk kedudukan 2-1 ketika kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan setelah menghabiskan 45 minit pertama.

Separuh masa kedua, Liverpool bertambah baik selepas rehat dengan Diaz menjana beberapa percubaan bahaya buat kelab dari Merseyside berkenaan.

Arsenal yang cuba kembali dalam permainan kehilangan Gabriel yang terpincang-pincang pada awal separuh masa kedua, sebelum digantikan Jakub Kiwior, menyaksikan Arsenal menambah lagi kecederaan pemain utama.

Liverpool kendalian Arnie Slot akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Salah minit ke-81 hasil rembatan tenang selepas menerima hantaran lintang Darwin Nunez, menyaksikan pemain sayap Mesir itu menyamai catatan bekas bintang The Reds Robbie Fowler dengan 163 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu meletakkan Liverpool di tempat kedua dengan 22 mata daripada sembilan perlawanan, satu mata di belakang Manchester City, dan Arsenal menduduki tempat ketiga dengan 18 mata.

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Leicester City 1-2 Nottingham Forest

Manchester City 1-0 Southampton

Brentford 4-3 Ipswich Town

Brighton 2-2 Wolverhampton

Aston Villa 1-1 Bournemouth

Everton 1-1 Fulham

Crystal Palace 1-0 Tottenham Hotspur

Chelsea 2-1 Newcastle United

Arsenal 2-2 Liverpool

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!