Tingkat kesedaran kesihatan mulut warga emas

Para peserta dan pihak yang menjayakan program Senyuman Abadi: Pemerkasaan Kesihatan Mulut Warga Emas di Kota Bharu, Khamis lalu.
Para peserta dan pihak yang menjayakan program Senyuman Abadi: Pemerkasaan Kesihatan Mulut Warga Emas di Kota Bharu, Khamis lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Warga emas disaran meningkatkan penjagaan kebersihan mulut bagi menjamin keseluruhan kualiti kesihatan tubuh badan pada usia mereka.

Menyedari penting memberikan kesedaran kepada golongan itu, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif melaksanakan program Senyuman Abadi: Pemerkasaan Kesihatan Mulut Warga Emas, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua program berkenaan, Dr Mohammad Majduddin Sulaiman berkata, pihaknya mendapat penglibatan sama daripada komuniti universiti di Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat untuk mengadakan program dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kemumin di Pengkalan Chepa.

“Kami mahu meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan warga emas yang disampaikan melalui ceramah, pameran kesihatan pergigian, pemeriksaan pergigian percuma dan sesi latihan interaktif dalam kumpulan.

“Warga emas ini didedahkan terhadap kepentingan menjaga kebersihan gigi dan gusi untuk kesihatan keseluruhan dan kualiti hidup yang baik,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Program yang diadakan sempena sambutan Hari Warga Emas itu dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Antarabangsa PPSG USM, Profesor Madya Dr Yanti Johari.

Turut hadir, Pengerusi PAWE Kemumin, Datuk Roomai Nor Ali.

Menurut Dr Mohammad Majduddin, program tersebut mendapat sambutan positif dalam kalangan komuniti selain mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk rakan kerjasama Klinik Gigi Dr Emma Saz dan rakan penaja Klinik Pergigian La Dentista.

Artikel Berkaitan:

“Peserta juga berpeluang membuat saringan kesihatan dengan kehadiran kakitangan perubatan dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

“Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga emas dan mendorong mereka untuk mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang lebih baik,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!