PRU16: Pas Wilayah Persekutuan sedia lebih awal

Jabatan Pilihan Raya Pas Wilayah Persekutuan mengukuhkan jentera di 13 kawasan Parlimen sebagai persiapan menghadapi PRU16.Gambar hiasan. Gambar kecil: Azhar Yahya
Jabatan Pilihan Raya Pas Wilayah Persekutuan mengukuhkan jentera di 13 kawasan Parlimen sebagai persiapan menghadapi PRU16.Gambar hiasan. Gambar kecil: Azhar Yahya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pilihan Raya Pas Wilayah Persekutuan mengukuhkan jentera di 13 kawasan Parlimen sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, persediaan serta strategi yang rapi itu adalah bagi memastikan setiap jentera mampu untuk berfungsi dengan berkesan pada PRU16.

Jelasnya, seramai 210 jentera pilihan raya dalam kawasan Parlimen berkenaan kini berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang cabaran pilihan raya yang akan datang.

"Dengan pelbagai program latihan serta kempen persiapan yang telah dijalankan, setiap ahli jentera diharapkan dapat memberikan sokongan terbaik dalam usaha memperkuat kedudukan parti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian jentera Pas Wilayah Persekutuan berlangsung di ibu negara yang turut dihadiri pemimpin di setiap Parlimen di Wilayah Persekutuan di sini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!