RM16.7 juta pengeluaran Akaun Sejahtera lulus untuk ibadah haji

Hui Ying pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. Foto Bernama
Hui Ying pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan memunaikan ibadah haji diluluskan sejak tahun 2013.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, permohonan tersebut melibatkan Akaun Sejahtera (Akaun 2) dengan jumlah keseluruhan pengeluaran sebanyak RM16.7 juta atau purata RM2,759 bagi setiap permohonan.

"Kerajaan kekal tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi memastikan ahli mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 semasa persaraan bagi memastikan kelangsungan hidup.

"Ahli masih dibenarkan membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, perumahan melalui Akaun Sejahtera," katanya menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) ketika sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong memaklumkan, pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh KWSP bagi membantu pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi bagi persaraan.

Menurutnya, KWSP membenarkan ahli yang bekerja dan mempunyai majikan untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa.

"Setakat Ogos tahun ini, seramai 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah pencarum aktif telah mendaftar untuk mencarum melebihi kadar tersebut.

"Selain itu mereka juga boleh mencarum sendiri melalui caruman sukarela bagi menambah simpanan, tertakluk kepada had caruman tahunan sebanyak RM100,000 setahun bermula 1 Jun 2023," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!