Lapan pembeli 2RIO Residence IOIPG bawa pulang hadiah keseluruhan RM260,000

Pembeli unit 2RIO Residence IOIPG membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM260,000 termasuk baucar percutian, iPad, iPhone 15 dan kenderaan elektrik (EV) jenama BYD Seal bernilai RM179,800. Foto Facebook IOI Properties.
Pembeli unit 2RIO Residence IOIPG membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM260,000 termasuk baucar percutian, iPad, iPhone 15 dan kenderaan elektrik (EV) jenama BYD Seal bernilai RM179,800. Foto Facebook IOI Properties.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan pembeli rumah unit 2Rio Residence IOI Properties Group Bhd (IOIPG) di Bandar Puteri Puchong membawa pulang hadiah keseluruhan RM260,000 termasuk baucar percutian, iPad, iPhone 15 dan kenderaan elektrik (EV) jenama BYD Seal bernilai RM179,800.

Hadiah utama BYD Seal EV dimenangi Ng Cheng Hoon, 56; tempat kedua, baucar percutian RM30,000 diberikan kepada Chan Chong Fai, 50, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat iaitu Seow Ming Choo, 24, serta MCR Resources Sdn Bhd masing-masing membawa pulang RM20,000 dan RM10,000.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG, Teh Chin Guan berkata, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pembeli rumah kerana memilih 2Rio Residence sebagai kediaman keluarga dan mempercayai syarikatnya sebagai pemaju hartanah.

Menurutnya, bandar yang dilancarkan pada 1999 merentasi estet dan kampung, akhirnya menjadi hab komersial serta didiami lebih 30,000 penduduk selepas 25 tahun.

“Pembeli kediaman 2Rio Residence juga merupakan orang pertama berpindah ke 'IOI Rio City: The City of Tomorrow' iaitu bandar mampan yang dikelilingi kehijauan dan kemudahan teknologi.

“IOI Rio City yang bakal dilengkapi pusat beli-belah IOI Rio Mall seluas satu juta kaki persegi dan dijangka dibina bersebelahan 2Rio Residence.

“Ini akan menjadi pemangkin era transformasi baharu di Puchong,“ katanya dalam kenyataan pada Isnin.

2Rio Residence terdiri daripada 632 unit dengan keluasan 764 hingga 1,163 kaki persegi bermula dari RM 605,000 yang direka khas menjadi lokasi strategik di tengah kesibukan bandar.

Artikel Berkaitan:

'IOI Rio City: The City of Tomorrow' seluas 100 ekar iaitu sentuhan terakhir IOIPG di Bandar Puteri Puchong pula menjanjikan tumpuan kepada kehidupan bandar maju dilengkapi bangunan moden dengan akses yang strategik ke lebuh raya utama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!