Ahli Parlimen digantung tidak dibenar berada dalam dewan, galeri awam

Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul during the Dewan Rakyat session, today. - Photo by Bernama
Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul during the Dewan Rakyat session, today. - Photo by Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang digantung tidak dibenarkan berada di Dewan Rakyat termasuk kawasan galeri awam sepanjang persidangan berlangsung.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, wakil rakyat terbabit hanya dibenar mengikuti perjalanan sidang dewan di luar Dewan Rakyat berdasarkan arahan yang berkuat kuasa 15 Oktober lalu.

"Mana-mana ahli (Parlimen) diarahkan keluar (dewan) atau diperintah ikut peraturan mesyuarat ini. Maksud keluar (adalah) daripada 'chamber' ini.

"Dia boleh ikuti dari luar tetapi tidak boleh masuk dalam dewan kerana akan menimbulkan banyak masalah," katanya ketika mempengerusikan Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum ini Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan persoalan berkenaan tindakan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang tidak dibenar mengikuti persidangan dari Galeri Awam Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Wan Ahmad Fayhsal menerima surat daripada Johari yang tidak membenarkan beliau berbuat demikian, sedangkan telah berada di kawasan itu untuk mengikuti persidangan sehari sebelumnya.

Menurutnya, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44 (5), jika seseorang ahli digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah keluar dan tidak ambil bahagian dalam mesyuarat sehingga tamat tempoh penggantungan.

Sebagai rekod, Wan Ahmad Fayhsal yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Julai lalu susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!