Pengurus Harimau Muda B-17 lepas jawatan

Christopher (lima dari kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pemain skuad B-17 negara. Foto Football Association of Malaysia
Christopher (lima dari kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pemain skuad B-17 negara. Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

CHRISTOPHER Raj melepaskan jawatan pengurus skuad Bawah 17 tahun (B-16) negara sebagai mengambil tanggungjawab kegagalan pasukan layak ke Pusingan Akhir Piala Asia (B-17) 2025 di Arab Saudi tahun depan.

“Melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan B-17 ini adalah jalan yang terbaik untuk membuka peluang kepada muka baharu menggalas tanggungjawab membawa skuad negara ke peringkat lebih tinggi sehingga mencapai misi ke Piala Dunia.

“Kita memulakan kempen kelayakan dengan tunduk kepada UAE (Emiriah Arab Bersatu) 0-2 sebelum diikat 2-2 kepada tuan rumah, Laos pada Ahad, sekali gus terlepas tiket ke Piala Asia 2025 apabila mengakhiri saingan peringkat Kumpulan H dengan satu mata di tangga kedua.

Skuad Harimau Muda B-17 yang menggalas cabaran negara dalam Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Laos. Foto Football Association of Malaysia
Skuad Harimau Muda B-17 yang menggalas cabaran negara dalam Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Laos. Foto Football Association of Malaysia

“Penyingkiran itu lebih pahit apabila skuad Harimau Muda negara gagal mengulangi pencapaian sebelumnya apabila layak ke Pusingan Akhir Piala Asia B-17 2023,” katanya yang juga Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pada Isnin.

Pada masa sama Christopher juga berterima kasih kepada FAM terutama Presiden Tan Sri Hamidin Mohd Amin atas sokongan dan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai pengurus pasukan B-17.

“Saya amat menghargai segala peluang yang telah diberikan dan pengalaman berkhidmat untuk negara ini adalah sesuatu yang amat membanggakan buat saya yang tidak mungkin akan dapat saya lupakan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kesemua pemain teutama ibu bapa pemain yang banyak berkorban memberi sokongan sebagai pemain ke-12 di Laos dan juga dalam semua perlawanan-perlawanan skuad B-17 sepanjang saya berkhidmat.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donnel dan juga Pengarah Teknikal NFDP, Oscar Francisco Gonzalez. Tidak lupa juga terima kasih buat jurulatih, Javier Jorda Ribera dan kesemua pegawai kejurulatihan B-17 dan semua pihak yang membantu kami,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!