'Bukan acara pecut, ia adalah maraton'

Tangkap layar catatan Tunku Mahkota Ismail menerusi laman X.
Tangkap layar catatan Tunku Mahkota Ismail menerusi laman X.
A
A
A

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih tiga mata berharga selepas menumpaskan Selangor FC 3-0 dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan pada malam Ahad menerbitkan rasa bangga Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Baginda yang juga pemilik kelab itu berkongsi kegembiraan tersebut sambil mengucapkan tahniah buat skuad bimbingan Hector Bidoglio menerusi catatan di laman sosial.

"Syabas @OfficialJohor (JDT). Kami kekal bersama walau apa pun dan terus bekerja keras," catat baginda menerusi laman X.

Dua gol sumbangan Bergson Da Silva dan satu jaringan Romel Morales memacu JDT untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selain meraih tiga mata berharga dari Petaling Jaya.

"Ia tidak pernah menjadi seperti acara pecut, ia adalah maraton," titah Tunku Mahkota Ismail.

Kejayaan membenam pencabar terdekat itu meletakkan JDT di laluan terbaik untuk mengulangi pencapaian musim 2022 dan 2023 apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.

Kemenangan tersebut juga memastikan skuad Harimau Selatan berada dalam zon selesa untuk mengekalkan kejuaraan liga buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014.

@sinarharianonline

'Bukan acara pecut, ia adalah maraton' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #JDT #SelangorFC

Artikel Berkaitan:

BCC News - Ockeroid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!