[VIDEO] 'Áiman belum sempat beli ikan...'


Demikian luahan Rosnah Razali, 48, dari Kampung Teluk Wang, Sungai Petani mengharapkan keajaiban agar anaknya, Muhamad Aiman Safwan Mahadzir, 25, yang dikhuatiri lemas di pusat pendaratan ikan Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, pada Ahad, dapat pulang dalam keadaan selamat, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Aiman keluar dari rumah dipercayai untuk membeli ikan buat ibunya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693564/berita/semasa/aacuteiman-belum-sempat-beli-ikan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #hilang #SungaiPetani" />
A
A
A

SUNGAI PETANI - Ibu kepada Muhamad Aiman Safwan Mahadzir, 25, yang dikhuatiri lemas di pusat pendaratan ikan Pasar Bisik, Kota Kuala Muda di sini pada Ahad berharap anaknya dapat pulang ke pangkuan dalam keadaan selamat.

Rosnah Razali, 48, dari Kampung Teluk Wang di sini mengharapkan keajaiban itu selepas anaknya dikatakan keluar dari rumah dipercayai untuk membeli ikan buatnya.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu mangsa kali terakhir dilihat berada di pesisir pantai Pasar Bisik untuk menunggu bot nelayan yang baharu tiba membawa muatan ikan sebelum dilaporkan hilang dari pandangan orang ramai dipercayai dibawa arus deras.

Dua dari kiri: Rosnah dan Nur Farhana setia menunggu operasi mencari dan menyelamat Muhamad Aiman Safwan Mahadzir yang dikhuatiri lemas.
Dua dari kiri: Rosnah dan Nur Farhana setia menunggu operasi mencari dan menyelamat Muhamad Aiman Safwan Mahadzir yang dikhuatiri lemas.

"Sebelum kejadian, saya bercakap dengan dia melalui telefon pada jam 11.30 pagi, dia beritahu ikan belum ada lagi...sat (sekejap) lagi dia beli.

"Dia pertama kali mai (datang) sini... sebelum keluar rumah okay sahaja, senyum dan berjanji nak bawa balik ikan," katanya.

Rosnah bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan bahawa anak sulung daripada tiga beradik itu terjatuh ke muara sungai kira-kira setengah jam kemudian.

Artikel Berkaitan:

Lebih memilukan, anak disifatkan ringan tulang itu, kini sedang membuat persiapan akhir majlis perkahwinannya yang bakal berlansung tiga bulan lagi.

Muhammad Syukri memantau operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah.
Muhammad Syukri memantau operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Kedah.

"Dia seorang yang baik, tidak pernah melawan, semua orang sayang, dia suka tolong orang, memang dia baik sangat," luahnya.

Sementara itu, tunang Muhamad Aiman, Nur Farhana Abd Syukur, 23, mengharapkan agar operasi pencarian yang disertai beberapa pasukan penyelamat sejak Ahad, berjalan lancar.

Dia berkata, pada hari kejadian, mereka sepatutnya memenuhi janji temu di Klinik Kesihatan Taman Intan untuk menjalani saringan HIV sebagai prosedur sebelum perkahwinan.

"Last (kali terakhir) mesej Whatsapp dengan dia pada jam 11.30 pagi. Aiman beritahu jadi nak buat saringan HIV dan saya bersiap untuk ke sana.

Anggota bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa dikhuatiri lemas di Pasar Bisik Kota Kuala Muda Kedah.
Anggota bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa dikhuatiri lemas di Pasar Bisik Kota Kuala Muda Kedah.

"Bagaimanapun, dalam pukul 1 tengah hari, mak dia telefon beritahu (Muhamad Aiman) jatuh laut...saya terus bergegas ke lokasi," katanya.

Nur Farhana dan Rosnah serta ahli keluarga lain setia menunggu di pesisir pantai Pasar Bisik bagi mengetahui perkembangan operasi mencari dan menyelamat sejak hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashim berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada hari kedua pada Isnin.

Menurutnya, aspek keselamatan diberi keutamaan sepanjang operasi melihat kepada keadaan cuaca tidak menentu, hujan lebat dan laut bergelora serta berombak di sekitar lokasi kejadian.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas membeli ikan di Pasar Bisik Kota Kuala Muda dalam kejadian kira-kira 12.25 tengah hari Ahad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!