Tukang pasang khemah didakwa memandu dalam keadaan mabuk
28 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Port Dickson pada Isnin atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang murid Tahun Lima, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan tertuduh B Tangga Paandi, 28, tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/693522/berita/semasa/tukang-pasang-khemah-didakwa-memandu-dalam-keadaan-mabuk
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pemandumabuk