130 motosikal rentung depoh simpanan DBKL terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.
Anggota bomba memadam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 130 buah motosikal pelbagai model musnah dalam satu kejadian kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught, di sini pada Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Hisam Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 12.33 tengah hari.

Menurutnya, panggilan tersebut diterima melalui sistem MERS999 sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, kami mendapati ia melibatkan kebakaran deretan motosikal lama.

Deretan motosikal yang hangus dalam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.
Deretan motosikal yang hangus dalam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.

"Kesemua motosikal ini berada di dalam depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan anggaran kemusnahan adalah 100 peratus manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

Artikel Berkaitan:

"Operasi memadam kebakaran melibatkan pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak serta bantuan BBP Cheras bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) membabitkan 10 orang anggota lain-lain pangkat," katanya.

@sinarharianonline Sebanyak 130 motosikal diletakkan di depoh simpanan kenderaan ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught, Petaling Jaya hangus dalam kebakaran tengah hari tadi. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 12.33 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan dibantu BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian. Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Hisam Mamat berkata, kebakaran berjaya dipadamkan dan anggaran kemusnahan 100 peratus dengan sebanyak 130 buah motorsikal pelbagai model terbakar. #SinarHarian#SinarTerkini#Motorsikal#Terbakar#DBKL#Depoh original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!