Bkay Nair usaha martabat warisan tekstil negara

Bkay berharap dapat mengadakan penganjuran pertunjukan fesyen batik sari setiap tahun.
Bkay berharap dapat mengadakan penganjuran pertunjukan fesyen batik sari setiap tahun.
A
A
A

PELAKON dan usahawan, Bkay Nair memilih untuk mengetengahkan gabungan tekstil batik dan sari sempena pertunjukan fesyen Malaysian Heritage Showcase 2024 (MHS2024) yang berlangsung di Toffee Kuala Lumpur pada 23 November depan.

Jelas wanita berusia 42 tahun itu, pemilihan batik pada pertunjukan anjuran Bkay Nair Resources dengan sokongan Persatuan Pembangunan Pernigaan Fesyen Malaysia (PPPFM) kali ini, menampilkan batik sebagai tekstil yang mampu menghasilkan pelbagai jenis dan potongan fesyen mengikut kreativiti pereka.

Lebih menarik lagi, batik tersebut akan dihasilkan oleh banduan dari penjara seluruh Malaysia.

"Ini kelainan yang kami bawakan pada tahun ini iaitu 6 Yards of Beuaty di mana pakaian sari dari tekstil batik, yang menjadi antara warisan dan identiti negara kita.

Bkay merancang untuk menghasilkan sebuah dokumentari penghasilan batik di Malaysia.
Bkay merancang untuk menghasilkan sebuah dokumentari penghasilan batik di Malaysia.

“Lebih menarik saya dalam usaha mendapatkan hasil tangan batik daripada banduan di penjara negara ini sebagai sokongan dan tarikan pada kali ini memandangkan mereka turut mengasilkan batik yang sangat tinggi nilai seninya.

“Bagi yang tidak tahu, banduan di penjara Malaysia belajar di bengkel vokasional. Bila ada jualan, hasil tersebut menjadi gaji mereka. Jadi untuk rekaan, saya serah sepenuhnya kepada mereka untuk lakukan,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media di Bungalow 37, Bangsar baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades Nair berkata, pihaknya turut mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bkay yang pernah membintangi filem Ratu The Movie berkata, usaha memperkenalkan batik ke pentas lebih komersial ini mampu menjana pendapatan mereka yang terlibat dalam industri ini.

“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.

Bkay masih aktif berlakon walaupun sekadar di platform web.
Bkay masih aktif berlakon walaupun sekadar di platform web.

"MHS2024 juga bakal mengiktiraf dan menyediakan Anugerah Pereka Terbaik yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu dalam menghargai usah pereka terbabit mengangkat warisan tekstil tempatan.

"Selain sari, pereka juga bakal menampilkan pelbagai rekaan menggunakan tekstil batik seperti baju dan gaun yang boleh digayakan dalam majlis khas mahupun untuk tujuan komersial dalam meraikan tradisi tempatan," jelasnya.

Sementara itu, Bkay yang juga presiden PPPFM berkata, dia gembira dan bersyukur akhirnya sebuah persatuan untuk peniaga fesyen di negara ini berjaya ditubuhkan sekali gus memberikan amanah kepada dirinya untuk mengetuainya.

"Saya menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan industri fesyen di negara ini terus berkembang.

"Pelbagai agenda juga sudah diatur termasuk bengkel dan sesi perbincangan bagi mengeratkan hubungan sesama pemain industri dalam bidang berkaitan serta mencari peluang menjalinkan usaha sama," katanya.

Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi.

Kerjaya seni

Dalam pada itu, kongsi Bkay, pihaknya merancang untuk menghasilkan sebuah dokumentari penghasilan batik di Malaysia.

Bukan sekadar mendekati pencanting batik di pantai timur, tetapi juga mengetengahkan mereka yang menghasilkan batik di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banduan penjara Malaysia.

“Memandangkan projek ini besar, jadi ia memerlukan masa dan perancangan yang betul. Bagaimanapun disebabkan beberapa kekangan termasuk jadual saya yang agak padat, jadi ia tertangguh seketika,” katanya.

Ditanya perkembangan kerjaya seninya, Bkay menjelaskan, dia masih lagi terlibat dalam penggambaran drama web.

Katanya, kesibukan dalam cabang berbeza membuatkan dia rindu untuk kembali aktif berlakon.

“Saya pernah berada dalam industri seni, pernah lalui pengalaman indah itu. Cuma sekarang ini masa agak terbatas, kalau ada tawaran, saya perlu atur jadual sebaiknya,” jelasnya yang sudah kembali solo sejak lima tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!